Halaman

Selasa, 18 Oktober 2016

RACE : HARI SUKAN NEGARA

Pada 8 Oktober yang lalu, berlangsung sudah HARI SUKAN NEGARA 2016 #HSN2016. Event ini amat dinanti-nantikan kerana awal-awal lagi aku dah masukkan dalam wish list aku cuma menunggu official date sahaja. Event ini juga akan berlangsung secara serentak di seluruh Negara. Kiranya kempen kearah masyarakat bersukan ler. Next year 2017, Negara kita akan menganjurkan SUKAN SEA kurang dari setahun lagi. Jadi sudahkan anda semua bersedia?...


Untuk hari sukan negara 2016 ini, aku telah register untuk menyertainya di DATARAN MERDEKA dan seperti biasa 10km menjadi idaman kalbu aku. Route untuk 10km nie pon menarik jugak dan seperti biasa Jalan Bukit Tunku turut disajikan kepada runner untuk di daki.

Kali nie aku dah boleh ngafal sikit route dia cam maner. Tak silap aku, ini adalah run aku yang ke-3 daki Bukit Tunku tapi masih lagi tewas. Semasa larian aku masih lagi berbaki 2km, aku secara spontan menegur seorang women runner. Tapi aku tak alert pulak bib dia. Just tanyer pace dia sahaja kerana secara tak langsung aku give a support, kerana untuk women category ada harapan untuk naik podium. Tapi untuk men category jika tak boleh nak skor below 40minit jangan haraplerrrrrr nak naik podium. Masih banyak lagi yang aku kena belajar. Kami run secara beriringan sehinggalah sampai di Stesen Komuter Bank Negara.

Kira-kira 500 meter lagi nak sampai finishing line. Tersempak pulak dengan Abam Deo Runner di sebelah jalan yang sudah abis run untuk 21km. Mak oiiiiii laju benor dia lari. Ayat spontan aku kepada beliau "naik podium tak bang" dia kater tak.(malam tu aq stalker IG dia, dia dapat no 9. If dia dpt no 8 sure dapat habuan tadi) 

Dari jauh aku lihat samar-samar ke finishing line betol kew aku run below 1hour nie. Ya Allah rasa cam nak nagis jew. Selepas aku melepasi finishing line, rupanya kakak yang aku borak-borak di 2km terakhir tu rupanya di belakang aku sahaja. Sempat tanyer khabar dan rupanya dia run in women veteran category, dapat no 3 beb..... Ya Allah rezeki betol aku dapat lari dengan dia tadi. Amik aura dulu nanti adalah terpalit tuah sikit kan..... ha ha ha ha. Tapi siyes enjoy jugak run tadi. Nak kater aku pulun habis-habisan tadi pon tak ler jugak. Mengah jugak kerana aku malas betol training semenjak insiden lutut aku sakit.



Tapi aku juga tidak sangka bahawa aku mampu habiskan 10km in 1hour. Memang target aku dari dulu lagi. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rekod ini juga adalah rekod kedua terbaik selepas SCKLM2016 yang lalu untuk 10km. Thank you Allah di atas segala nikmatMu Amin......

Official resutl HSN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...