Halaman

Rabu, 17 Ogos 2016

RACE : STANDARD CHARTERD KL MARATHON 2016

Selepas dua hari recovery dari run MHWH Night Run Putrajaya (statment macam masuk HM), aku meneruskan rutin harian setiap petang seperti biasa berlari-lari. Nak kata bersemangat tu tak ler jugak. Tapi run kali nie sedikit teruja jugak kerana standard international katernyer.

Kepada yang pernah menyertai STANDARD CHARTERD KL MARATHON (SCKLM) pasti menanti-nantikan event ini saban tahun dan katanya participate SCKLM 2016 hampir 35 ribu runner. Pada tahun ini, SCKLM 2016 bermula pada 7 OGOS 2016. Wow memang lautan manusia ler nanti.

SCKLM 2016 terbahagi kepada 8 category dan run akan bermula pada 3 tempat yang berasingan dan pada waktu yang berbeza.

DATARAN MERDEKA

4:00 AM : 42 KM Full Marathon
5:30 AM : 21 KM Half Marathon

JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN (SEBELAH SOGO)

6:45 AM : 10 KM Speed (aku masuk speed weiii)
7:15 AM : 10 KM Cruise
7:45 AM : 10 KM Leisure
8:45 AM :   5 KM Fun Run

ROYAL SELANGOR CLUB

8:50 AM : 3 KM Kids Dash
8:55 AM : 1 KM Kids Dash

Wah memang gempak kan. Mau happening giler nie Pastikan jangan tersalah starting line yerk. Kang haru pulakkkkkkk. Semasa event ini dibuka kepada public pada 19 April lalu, aku cepat-cepat ler register. Takot-takot nanti tercorot pulak. Mau nangis bucu katil. Tapi registration ini seperti goreng pisang panas kerana cepat jew SOLD OUT. Last year SCKLM 2015 dibatalkan kerana faktor jerebu.

speed jangan tak speed nanti

Kenapa registration event ini seperti goreng pisang panas? Untuk makluman, race ini level international. Oleh kerana race ini adalah yang berprestij tinggi sekali kerana ada cop mohor IAAF-AIMS  Wah bangga kejap 

Act, sebelum nie aku tak berapa study sangat pasal trek run.Tengok gitu-gitu jew sekadar sepintas lalu, dan aku pon bukan tak pernah run dalam Hutan Batu KL nie. Last aku run masa KL POSSIBLE RUN 2016 dan KL LABOUR DAY RUN 2016

Untuk 10KM SCKLM 2016 aku beriya benor duk study trek. Maybe kerana teruja kot. Ha ha ha ha, or aku nerves. Alhamdulillah juga aku maintain training setiap petang atau malam. Aku rest day pada Sabtu sahaja.

Hari yang di tunggu telah tiba. Alhamdulillah aku bangun awal kerana race aku 1st waive wei pada pukul 6.45AM. Dari segi mental memang dah bersedia. Aku naik LRT shj ke KL. Seawal jam 5pagi dah gerak keluar. Untuk  SCKLM 2016 perkhidmatan train percuma dari 2AM - 6AM untuk stesyen yang terpilih sahaja. Jam 6.15AM sampai di SOGO, (starting line untuk all category 10KM & 5KM) suasana memang meriah.
Untuk kategori 10KM nie kan ada 3 category, setiap category ada 5ribu runner. Ko raserrrrrrrrrr.... Memang aku bersyukur sangat semasa aku register pada 19hb April tu aku click pada category speed. Tapi aku tak tahu sangat pon coz ini 1st time joint event running.

Seperti biasa aku cuba meloloskan diri untuk bermula di starting line. Sebelum itu memang dah warm up dah siap-siap. Ouih teruja betol nie kerana auranya luar biasa sikit. Syukur alhamdulillah, 6.45AM, 10KM speed di lepaskan dan bermula lah edisi larian aku samada aku bakal membuat rekod baru atau sebaliknya. Semalam aku target below 1hr jew. Moga-moga tercapai hendakNya. 

Trek larian ini tidak mencabar sangat kerana kerana bernasib baik tidak mendaki Bukit Tunku, Hanya melalui sekitar Bandar Raya KL sahaja. Bagi aku untuk run10KM, satu kelebihan selepas melepasi Masjid Bukit Aman, jalannya sedikir menurun dan memberi peluang untuk semua runner speed sepenuhnya. Memang aku feel habis-habisan. Rata-rata semuanya pecut.Tergugat kejap aura aku.

Selepas melepasi Masjid Negara, trek sedikit berbukit dan di Jalan Sultan Hishamuddin, situlah bermulanya 500 meter yang terakhir perlu dihabiskan untuk all category kecuali 3KM & 1KM. Pada saat dan ketika itu hanya mampu mengucap panjang sahaja kerana adakah aku bakal memecahkan rekod aku yang sebelum ini 10KM 1 hr 7 minutes? dan ketika itulah semua runner duk pulun habis-habisan speed sehabis mungkin dan event ini baru betol-betol semuanya berlari.

Ternyata aku bukan juara untuk race ini, tetapi aku adalah juara untuk diri aku. Satu perasaan yang tidak boleh di gambarkan berbaur suka dan duka semasa melepasi finishing line. Alhamdulillah, thank you Allah di atas segala nikmatMu.

Dah collect medal bagai, cari port tuk rest-rest. Ketika itu , body aku masih lagi terketar-terketar semasa aku imbas kembali rekod larian aku. Aku pon bersyukur juga sampai awal di finishing line kerana di belakang sana masih ramai lagi lautan manusia dengan satu azam dan satu matlamat untuk sampai ke finishing line.

Syukur juga kerana aku register 1st waive, tak sesak sangat di kala berkongsi satu lorong dengan HM 21KM, di LRT Sultan Ismail sebelum semuanya memasuki Jalan Kuching secara berjemaah dan berpecah mengikut category masing-masing di Jalan Parlimen. Nak sangatkan masuk race level international kannnnnnnnnn, rasakannnnnnn.....


yeay... i am done 10KM
Secara overall, ini experience yang berharga untuk race kali ini. Dapat berjumpa dengan elite-elite runner. Memang terkesima melihat rekod-rekod mereka. Ini adalah run aku yang kedua aku berlari 100%  sepanjang 10KM. (tak ada jalan-jalan okey, minum pon sambil berlari).

Syukur alhamdulillah di atas segala nikmatMu. Terima kasih juga di atas doa serta sokongan kalian, Amin. Jumpa lagi SCKLM 2017 dengan stamina dan rekod yang lebih mantap, eeeewahhhhhhhhh.
my new record. Thank you Allah

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...